Section Heading

 
 
17 : 24 : 57
Mon, 30 May 2022

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Usahawan Tekun Ke Peringkat Global

LANGKAWI,  28 MAC 2019 – Seramai 11 orang usahawan TEKUN Nasional telah berjaya mempromosikan produk mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di bawah program HIMPUN yang dianjurkan oleh Malaysia Airports dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), bersempena LIMA’19.  Program ini merupakan inisiatif Malaysia Airports dalam mengangkat jenama tempatan terbaik ke mata dunia. Menurut Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Encik Mohammad Nazli Abdul Aziz, inisiatif strategik ini juga dapat memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka di pintu masuk utama negara. “Malaysia Airports berharap agar aktiviti dan produk yang dipamerkan juga dapat menawarkan ‘Sense of Malaysia’ kepada para tetamu dan pelancong di lapangan terbang di Malaysia, sejajar dengan Strategi RESET Komersial untuk mentranformasikan lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports daripada hab pengangkutan kepada destinasi gaya hidup.”

Bertemakan ‘Proudly Made by Malaysians’ di dalam program ini produk usahawan telah ditempatkan di ruang perniagaan eksklusif yang diberi nama ‘HIMPUN Artisanal Market at Langkawi International Airport’ bagi mempromosikan pelbagai produk yang meliputi empat kategori seperti fesyen, kraftangan, kecantikan serta penjenamaan ‘KUEHKITA’ untuk produk makanan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihaknya mahu usahawan TEKUN bukan hanya berjaya di peringkat tempatan sahaja, malah berjaya sehingga ke peringkat global.  Untuk itu, beliau berharap lebih ramai lagi usahawan TEKUN merebut peluang untuk menyertai pelbagai program atau ekspo termasuk di luar negara bagi mengutip pengalaman dan seterusnya menjadi inspirasi untuk mereka memasarkan produk ke peringkat global.

Tambahnya lagi, “Kementerian Pembangunan Usahawan mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Airports dan DDEC di atas peluang yang diberi bagi mempromosikan produk usahawan TEKUN.  Saya berharap melalui kerjasama di dalam program HIMPUN ini akan membuka peluang kepada usahawan TEKUN dalam mempromosikan produk-produk mereka di lapangan terbang antarabangsa seluruh Malaysia yang lain seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan kedua-dua terminal di KLIA.”

Kementerian Pembangunan Usahawan menerusi pelbagai agensi kerajaan seperti Malaysia Airports dan DDEC akan terus bekerjasama dalam memberi pendedahan keusahawanan, berkongsi pengalaman, strategi promosi yang proaktif dan teknik perniagaan yang dijalankan dengan mengikut garis panduan yang mampu mencapai kualiti standard pasaran global bagi membantu dan menjayakan promosi produk usahawan TEKUN ke peringkat global.

Sejak diwujudkan pada tahun 1998 sehingga Februari 2019, TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan perniagaan kepada 423,654 orang usahawan, yang bernilai   RM 5.37 billion di seluruh negara. Bagi tempoh yang sama sebanyak RM 519 juta telah disalurkan kepada 44,124 orang usahawan negeri Kedah.  Ini menunjukkan kerajaan melalui TEKUN Nasional sememangnya komited dalam membantu usahawan mikro Bumiputera.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DDEC, Encik Abdul Rahman Bin Mohd Saad sebagai berkata, HIMPUN memberi peluang kepada usahawan SME yang mempunyai potensi untuk mempromosikan produk yang berunsurkan Gaya Hidup Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekaligus membolehkan jenama mereka mendapat pendedahan yang lebih meluas terutama di peringkat domestik dan antarabangsa. Tambahnya lagi, ia juga memberi peluang kepada Malaysia Airports dan DDEC untuk sama-sama menilai daya maju komersial semua jenama yang mengambil bahagian dengan tujuan untuk mewujudkan aktiviti peruncitan yang mungkin pada masa depan terutama di semua lapangan terbang di bawah kelolaan Malaysia Airports.

Acara HIMPUN yang berlangsung bermula dari 18 Mac 2019 sehingga 2 April 2019 menggabungkan pelbagai aktiviti jualan produk-produk tempatan, demonstrasi serta persembahan. Terdapat sebanyak 22 jenama yang berjaya menyertai program ini antaranya adalah Saarat, Frankitas, KuehKita, Lyndarahim Beauty, Faizy Crystal, Ilham Seramic Studio, Fugeelah, Aisy Desire, Kraftera, LVW Kuala Lumpur, Kooshboo, Miftah dan banyak lagi.

Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai acara HIMPUN bagi menyokong jenama-jenama tempatan yang sememangnya kaya dengan seni dan budaya agar terus berkembang.

You might also like:

SEPANG – International traffic recovery at Malaysia Airports’ local network of airports…

23rd AGM: Successful COVID-19 mitigation initiatives and cost efficiency measures…

Sepang – The Malaysia Airports Group has reported EBITDA of RM186.9 million for its…

SEPANG – The grand prize winner of the Malaysia Airports “Are You The Goldenaire” shopping…

Section Heading