Section Heading

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Lebih 600 Pelajar Di Semporna Terima Sumbangan MYAirportCARES Bernilai RM120,000

SEMPORNA, SABAH – Malaysia Airports menerusi inisiatif Program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports, MYAirportCARES telah menyumbang pek kelengkapan asas sekolah kepada 628 pelajar daripada komuniti daerah Semporna yang bernilai RM120,000.00 baru-baru ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar dalam mengharungi sesi persekolahan di norma baharu ini. Terkini, inisiatif MYAirportCares ini telah menyantuni lebih 4,000 pelajar secara keseluruhan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Pek yang merangkumi kelengkapan asas sekolah termasuk pakaian seragam, beg, kasut dan alat tulis serta pelitup muka.

Myairportcares semporna

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, “Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, tanggungjawab kami bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan kepada penumpang dan pengunjung lapangan terbang kami. Kami juga menggalas tanggungjawab sosial yang besar dan dari situlah bermulanya keperluan untuk merangka aktiviti tanggungjawab korporat yang menyeluruh. Ini merupakan antara fokus utama kami untuk menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti di sekitar lapangan terbang kami.”

Myairportcares semporna4

“Inisiatif ini merangkumi seluruh negara, termasuk di Semporna di mana Malaysia Airports mengendalikan Padang Terbang sebagai kemudahan pengangkutan kepada komuniti setempat. Kami berharap dengan sumbangan ini, pelajar-pelajar di sekitar daerah Semporna lebih bersemangat untuk menimba ilmu,” tambah Dato’ Sri Zambry. 

Myairportcares semporna3

Upacara sumbangan telah diketuai oleh Hasbi Hj Said selaku Pengurus Lapangan Terbang Tawau di  Dewan Tionghua Semporna yang turut dihadiri oleh Tuan Ibnu Jaani  Pegawai Pendidikan Daerah Semporna serta 32 orang wakil pelajar. 

Myairportcares semporna2

 

You might also like:

SEPANG – KL International Airport (KLIA) concluded its full-scale airport emergency…

SEPANG – 55 out of 89, or 62% of foreign airlines have resumed operations at all five…

Taking three years to complete, the entire programme includes a transition period where…

SEPANG – The Malaysia Airports Group (the Group) saw significant improvement in the Group’s…

Section Heading