Section Heading

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Lebih 1,000 Keluarga B40 Di Tiga Negeri Terima Pek Keperluan Asas Dari Malaysia Airports Sempena Ramadan

KUALA TERENGGANU– Seramai lebih 1,000 keluarga B40 dari tiga negeri termasuk 290 keluarga di Terengganu telah menerima keperluan asas sempena Ramadan daripada Malaysia Airports menerusi program Tanggungjawab Korporat (CR) organisasi tersebut iaitu #MYAirportCARES Ceria Ramadan. Sejumlah RM48,140 telah diperuntukkan khas bagi pemberian sumbangan penerima di Kuala Terengganu bertujuan untuk meringankan beban golongan ibu atau bapa tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta komuniti lapangan terbang yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. 

iftar1

Menurut pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, “Selaras dengan janji penjenamaan organisasi iaitu menjalin hubungan ceria, Malaysia Airports amat prihatin dengan situasi yang sedang membayangi rata-rata masyarakat kini. Kami amat menyedari tanggungjawab organisasi bukanlah sekadar sebagai pengendali lapangan terbang. Justeru, Malaysia Airports ingin memberi manfaat kepada komuniti lapangan terbang daripada pelbagai segi termasuklah dalam memastikan keperluan asas mereka dipenuhi.”

Pada 5 Mei, penyerahan pek barangan keperluan asas ini telah diwakili dan disampaikan oleh pengurus lapangan terbang, En Sulaiman Che Pa kepada 30 penerima yang telah dibuat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat. Setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, susu, makanan kering dan pelitup muka.

iftar2

Sebelum Kuala Terengganu, komuniti di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star berjumlah seramai 750 keluarga B40 telah terlebih dahulu menerima sumbangan pek keperluan asas baru-baru ini menerusi inisiatif yang sama.  Dalam membuktikan komitmen organisasi ini untuk terus berbakti kepada komuniti tempatan berhampiran lapangan-lapangan terbang di bawah kendaliannya, program seumpanya turut akan berlangsung di Sabah dan Sarawak. 
 

You might also like:

SEPANG – International traffic at Malaysia Airports’ local network of airports increased by…

SEPANG – The President of the International…

SINGAPORE – Airports Council International Asia-Pacific (ACI) has…

SEPANG – Malaysia Airports welcomes the government's latest decision in relaxing various…

Overwhelming demand from investors led to an oversubscription rate of more than 10…

Section Heading