Section Heading

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

1,500 Pelajar Terima Pek Ceria Kembali Ke Sekolah Menerusi Inisiatif #MYAIRPORTCARES


LUMUT- Seramai 1,500 pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah Manjung menerima pek ceria kembali ke sekolah menerusi Program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports, #MYAirportCARES. Sumbangan yang keseluruhan bernilai RM225,000 berupa barangan kelengkapan asas sekolah seperti pakaian seragam, beg, kasut dan alat tulis serta pelitup muka. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar-pelajar agar lebih bersemangat untuk menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang terkesan dari segi kehidupan harian akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir, “Dengan peralihan negara ke fasa endemik, pelajar-pelajar ini dapat kembali ke sekolah secara fizikal setelah mengharungi cabaran pembelajaran dari rumah hampir dua tahun. Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, ini merupakan kali keempat kami menganjurkan program pengagihan pek ceria kembali ke sekolah yang telah berjaya memberi manfaat hampir 3,500 pelajar secara keseluruhan. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang bertanggungjawab, Malaysia Airports selaku pengendali lapangan terbang utama negara amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan komuniti sekeliling.” Melalui program yang dikenali sebagai #MYAirportsCares ini pelbagai bentuk sumbangan telah dihulurkan kepada pelbagai pihak tidak terhad kepada sumbangan keperluan sekolah sahaja.

Di negeri Perak sahaja, Malaysia Airports mengendalikan dua daripada 39 lapangan terbang di seluruh negara iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh dan juga STOLport Pulau Pangkor. Dengan pembukaan semula STOLport Pulau Pangkor, ia boleh membantu memulihkan ekonomi dan merancakkan lagi industri pelancongan tempatan. 

Upacara sumbangan telah dilaksanakan oleh Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Malaysia Airports di Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen Manjung, Perak. Turut hadir bersama termasuk wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung; pihak pengurusan kanan Malaysia Airports serta ketua-ketua komuniti dan 190 orang wakil pelajar dari 11 zon di daerah Manjung.
 

You might also like:

SEPANG – KL International Airport (KLIA) will be implementing Airport Collaborative…

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports continues to champion airport operational excellence…

SEPANG – Malaysia operations recorded more than 6 times increase in 1H ’22 for total…

SEMPORNA, SABAH – Malaysia Airports menerusi inisiatif Program…

SEPANG – Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Malaysia…

Section Heading